Story Of My Life

i'm ABU ALI. a typical nerd who has obviously nothing to do with his life. MALAYSIA is where i live. i love photography and blogger is my life. my blog may be simply about my own life story, fashion, photography and especially things that i like. i like making people smile and i enjoy surfing the net.

~selamat tinggal~

Aku tidak mahu lagi leka dan terus terpedaya. ‘Kepercayaan?’ Dusta seringkali memutarkan harapan. Membangkitkan sinis sebuah ungkapan. Kata-kata ‘keikhlasan’ yang hanya bagaikan aliran melodi rapuh, ianya singgah lalu hilang ditelan waktu. Adakah sekadar cuba menzahirkan persepsi tumpul seorang insan? Keras hati yang selama ini tegal menafikan kebenaran, nyata aku bebal dalam omongan. Segalanya tidak perlu lagi menjadi sandaran. Sampai masa aku bangun dan mengejar impian. Hidup dalam realiti berteraskan kesedaran. Tidak mahu lagi terus terdampar di paksi gelora. Segalanya ingin aku tinggalkan. Ceritera dunia hanya indah sementara.

SELAMAT TINGGAL. dunia remaja yang penuh mengelirukan.

Aku ingin lebih dewasa. Ingin berhenti berkampung dalam persekitaranku. Ingin lebih memahami polemik dunia yang luas ini. Ingin lebih sedar hakikat aku diciptakan. Ingin mengharapkan keberkatanMu tuhan. Semoga doaku berkat menyuluh kegelapan. Semoga perjalananku diiringi iman. Buat semua, maafkan aku andai kehadiranku pernah menyukarkan. Emosi mendahului perasaan, tindakan acapkali tidak seiring keinginan. Ikhlas, aku mohan kemaafan. Aku yang dangkal ini nyata penuh kesilapan. Buat dirinya pula aku doakan kebahagian..Tulus hati tidak tergamak membenci. Terima kasih kerana pernah hadir dan menghiburkan. Luhur, tidak perlu niatku diragukan. Berundur bukan beerti aku tewas. Tetapi diam itu, jauh sekali dari kemenangan! Wassalam..

No comments:

Post a Comment